Projek Anak Angkat & Khidmat Komuniti UTM-MPSJ di Bukit Puchong

Projek Anak Angkat & Khidmat Komuniti UTM-MPSJ di Bukit Puchong

ANAK ANGKAT DARI UTM JAYAKAN REJUVINASI PANGSAPURI BANDAR BUKIT PUCHONG

BUKIT PUCHONG, 4 November 2018 – Seramai 40 orang pelajar Sarjana Muda Sains Pembinaan dan Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menjayakan Program Anak Angkat dan Khidmat Komuniti selama 3 hari 2 malam di Pangsapuri Bukit Puchong. Program khidmat komuniti ini adalah sebahagian daripada usaha ukhuwah dan perpindahan teknologi serta ilmu, untuk transformasi komuniti berpendapatan rendah dalam membina kejiranan berkualiti. Ini merupakan salah satu pengisian Program Rejuvinasi Pangsapuri Bandar Bukit Puchong yang dilancarkan pada 30 Jun 2018, menerusi usaha sama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Institut Sultan Iskandar (ISI), UTM dan penduduk.

Susulan daripada membina laman edibel dan mengecat pangsapuri pada 7 Oktober yang lalu, penduduk sekali lagi mengalu-alukan kehadiran mahasiswa ini sebagai anak angkat. Kali ini mahasiswa datang dengan program khidmat motivasi mentor mentee, serta program pemindahan teknologi, antaranya bengkel rekabentuk grafik, bengkel perabut kayu palet, bengkel seni mural, dan bengkel pertanian moden. Seramai 20 keluarga angkat telah mengikuti program pada kali ini yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula Jumaat lalu.

Prof. Madya Dr. Gurupiah Mursib dari Institut Sultan Iskandar UTM berkata, pelaksanaan Program Rejuvinasi ini telah pun bermula seawal Mei 2018 menerusi aktiviti-aktiviti bersama penduduk setempat. Beliau yang merupakan Ketua Program Rejuvinasi Pangsapuri Bandar Bukit Puchong berucap bagi menyempurnakan Majlis Penutup Program pada petang itu dan seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang bagi setiap kategori perlawanan yang dipertandingkan sepanjang program berlangsung. Permainan rakyat seperti bowling buah kelapa, batu seremban dan jengga adalah antara perlawanan yang diadakan selain daripada perlawanan bola sepak. Tidak ketinggalan aktiviti santai menonton wayang pacak sebagai aktiviti santai anak-anak angkat bersama keluarga angkat masing-masing.

“Sesungguhnya apa yang kita laksanakan di blok C adalah Projek Pilot yang menjadi contoh kepada penduduk blok lain untuk meningkatkan blok masing-masing. Selama lapan bulan kami di sini, kami memindahkan pengetahuan, dan kaedah untuk projek kemudiannya dilaksanakan oleh penduduk sendiri untuk kesemua blok. Dalam tempoh selama lapan bulan, ISI UTM dan MPSJ telah memindahkan kaedah, teknologi dan pengetahuan kepada penduduk untuk bergerak secara kendiri.” Beliau meletakkan kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada seluruh warga pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong agar terus bersatu dan berdaya maju dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan program ini. Beliau menyatakan inilah satu aspek mampan Program Rejuvinasi yang kini diletakkan sebagai projek rujukan berimpak tinggi untuk diterapkan di perumahan lain oleh MPSJ.

Gambar: YB Dr. Siti Mariah dalam lawatan beliau ke tapak projek bagi menyaksikan hasil kreativiti pelajar dan penduduk

Tidak pernah putus melahirkan rasa gembira di atas kerjasama semua pihak, beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada ADUN Sri Serdang, YB Dr. Siti Mariah di atas pemberian dana program berkenaan. Yang Berhormat telah hadir pada sesi ramah mesra bersama penduduk setempat  dan lawatan ke tapak projek.

Khairul Azri

Norazmi

Siti Hajar

Encik Khairul Azri sekeluarga merupakan salah satu daripada 20 buah keluarga yang menjadi keluarga angkat kepada mahasiswa UTM yang menyambut baik usahasama MPSJ dan ISI UTM menerusi projek pilot ini. Beliau melahirkan rasa bangga apabila melihat hasil perkongsian ilmu dan kreativiti dari anak-anak angkat di dalam bengkel perabot kayu palet, pertanian moden, seni mural dan grafik telah berjaya diterjemahkan dengan baik sekali di setiap sudut blok-blok pangsapuri tersebut oleh warganya.

Sama seperti penduduk yang lain, Encik Nor Azmi juga berasa amat teruja apabila melihat hasil kerjasama mereka bersama membuahkan hasil yang membanggakan. Beliau selaku Pengerusi Perbadanan Pengurusan Flat Bandar Bukit Puchong mengucapkan syukur dan terima kasih kepada pihak yang terlibat khususnya UTM dan MPSJ. Beliau turut mengalu-alukan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Gambar Kiri: Perabut kayu palet yang dihasilkan hasil dari kerjasama bengkel

Gambar Kanan: YB Dr Siti Mariah dan Prof Madya Dr Gurupiah bergambar di sudut kreatif yang penduduk hasilkan.

 

Gambar Kiri: Mahasiswa dan keluarga angkat merakam gambar kenangan di hadapan dinding mural bersama-sama hasil pertukangan kayu palet.

Gambar Kanan: Barisan pemain-pemain bola sepak bagi perlawanan persahabatan UTM-BP

Sementara itu, wakil keseluruhan penduduk setempat, Siti Hajar berkata “Program ini benar-benar telah berjaya mentransformasikan ruang kejiranan ini yang dahulunya dilihat kosong tanpa warna-warna ceria di tiang-tiang dan dinding-dinding. Sekarang setiap blok kelihatan ceria dengan hasil seni mural, perabot palet dan tanaman hijau”. Sudah tentu kejayaan program ini menjadi inspirasi kepada mereka untuk terus bermuafakat di dalam setiap aktiviti kemasyarakatan yang akan diadakan kelak.

Tidak ketinggalan juga penggerak utama program anak angkat dan khidmat komuniti ini; Dr Syamsul Hendra berkata hasrat dan usaha mereka daripada pihak universiti tidak akan tercapai tanpa kerjasama erat daripada penduduk setempat yang bertungkus lumus menjayakan program. “Tidak henti-henti menyediakan juadah yang enak kepada pihak kami menjadi punca kekalahan kami dalam perlawanan bola sepak persahabatan semalam” beliau berseloroh semasa mengakhiri ucapan. Semua yang hadir pada majlis petang itu terhibur mendengar ucapan beliau dan bersorak kuat apabila menyaksikan semula detik-detik jaringan bola menerusi tayangan rakaman perlawanan bola sepak persahabatan UTM-BP yang berlangsung petang kelmarin. Program Hari terakhir bagi Program Anak Angkat dan Khidmat Komuniti Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong berlangsung dengan begitu meriah sekali. Kehadiran anak-anak penduduk setempat di padang permainan menceriakan para siswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang akan pulang ke Johor Bahru pada petang itu.

Sila hubungi: Prof Madya Dr Gurupiah Mursib (0137520051) Ketua Program Rejuvinasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong Institut Sultan Iskandar Blok J1 UTMKL Jalan Sultan Yahya Petra 54100 Kuala Lumpur

 

Lawatan Benchmarking Pengurusan Kualiti Akademik

Lawatan Benchmarking Pengurusan Kualiti Akademik

Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU) akan menerima lawatan Penanda Aras bagi Persediaan Akreditasi MQA dari POLISAS pada 7 November 2018 yang terdiri daripada 21 orang pensyarah Politeknik. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat pengurusan kualiti akademik bagi Program Sarjana Muda Sains Senibina dan Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik di FABU.

Welcome to #FABUlous

Pelajar Senibina Landskap FABU Memenangi Johan dan Naib Johan Dalam Pertandingan “Doodle Panting” Anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM

Pelajar Senibina Landskap FABU Memenangi Johan dan Naib Johan Dalam Pertandingan “Doodle Panting” Anjuran Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM

Johor Bahru, 31 Okt. 2018 – Pelajar Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan “Doodle Painting” yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pertandingan ini merupakan anjuran dari Perpustakaan Sultanah Zanariah bersempena dengan “WOW Carnical@UTM” yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 31 Oktober 2018.

Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga Oscar Chong Yi Bin telah berjaya membawa pulang sijil penyertaan dan juga baucer wang tunai. Selain itu, dua kumpulan dari Program Geomatik dan Kejuruteraan juga telah berjaya memenangi tempat ke-tiga dan juga ke-empat.

Kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga ahli pasukannya Ashraf Yahya telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Literacy, a bridge from misery to hope” dan berjaya memenangi Johan dalam pertandingan ini.

Manakala kumpulan yang diketuai oleh Oscar Ching Yi Ben dan juga ahli pasukannya yang terdiri daripada Dr. Lee YoKe Lai dan Chin Kah Lai telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Book is the key to lively and spiritful space” yang juga memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Gambar bersama peserta-perserta pertandingan melukis ‘doodle’.

“Literacy, a bridge from misery to hope” hasil lukisan ‘doodle’ daripada Shahida Bahari dan Ashraf Yahya.(kumpulan Atelier).

Oscar Ching Yi Ben, Chin Kah Lai dan Dr. Lee Yoke Lai menghasilkan doodle bertema: “Book is the key to lively and spiritful space”.

UTM Summer School – Built Environment Experiences 2018 – Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia

UTM Summer School – Built Environment Experiences 2018 – Universitas Sebelas Maret (UNS), Indonesia

JOHOR BAHRU, 26 Oktober 2018 – Seramai 21 orang peserta dari Universitas Sebelas Maret (UNS), Surakarta, Indonesia (18 pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring) telah menyertai program UTM Summer School – Built Environment Experiences 2018 yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober 2018 lalu. Program UTM Summer School anjuran Perancangan Bandar dan Wilayah (PBW), Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM (FABU) merupakan penyertaan kali ke-2 oleh pihak UNS. Penyertaan pihak UNS kali ini telah disambut sendiri oleh Pengarah Program PBW, Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail mewakili Dekan FABU.

Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan berkongsi pengalaman kepada para peserta berkaitan konsep ‘Sustainable Creative City’ yang diterapkan khususnya di sekitar pembangunan wilayah Iskandar Malaysia, Bandaraya Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Para hari pertama, perserta telah berpeluang mendengar perkongsian kuliah di Dewan Konvesyen, FABU melibatkan pakar rujuk UTM dan UNS. Turut serta para pelajar dari Tahun 1 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (SMPBW). Ahli panel jemputan UTM yang terlibat adalah Pensyarah Kanan PBW iaitu En. Chau Loon Wai dan Prof. Madya TPr. Dr. Foziah Johar manakala pihak UNS diwakili oleh Dr. Winny Astuti dan Dr. Muhammad  Hisjam. Para peserta kemudian turut dibawa melawat kemudahan dan pusat penyelidikan yang terdapat di sekitar Fakulti oleh Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (PEWIBAWA).

Pada hari kedua, sempena lawatan peserta ke Pusat Bandaraya Johor Bahru, sebuah sesi taklimat diaturkan bersama pihak Thinkcity Sdn. Bhd. (Johor Bahru) di pejabat mereka. Pihak Thinkcity yang banyak terlibat dalam projek pemeliharaan bangunan warisan dan rejuvenasi ruang awam di sekitar pusat bandar turut membawa peserta menyelusuri jejak warisan di sekitar pusat bandar. Turut serta, Pengarah Program UTM Summer School, Dr. Noor Aimran Samsudin yang turut berkongsi sejarah perkembangan bandar tersebut di lapangan. Selain itu, pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) turut berbesar hati menerima kunjungan delegasi ke Kompleks YWJ yang menempatkan pelbagai koleksi seni warisan,sejarah dan budaya Johor. Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Korporat, Tuan Haji Shafie Ahmad kepada delegasi UNS dan UTM. Para peserta telah berpeluang melawat Galeri Tenun dan Galeri Seni melihat koleksi yang dipamerkan.

Pada hari berikutnya, para peserta telah dibawa melihat kemodenan pusat pentadbiran Negeri Johor iaitu Kota Iskandar dan pembangunan sekitar Iskandar Puteri seperti Puteri Harbour, Medini dan Taman Tema Legoland. Sebelum peserta menikmati jamuan makan malam di sebuah restoran nelayan di Kampung Pendas, Gelang Patah, mereka telah dibawa melawat projek mega Forest City yang dibangunkan oleh Country Garden Pacificview. Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Encik Ahmad Faizul Noor Azizan, Senior Strategic Executive.

Lawatan di sekitar Kuala Lumpur, peserta telah berpeluang melawat kawasan bersejarah Masjid Jamek, Dataran Merdeka, KL City Gallery dan Pasar Seni selain ke pusat membeli belah utama iaitu Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas. Secara umum penyertaan program kali ini telah memberi peluang kepada peserta melihat pembangunan Malaysia dari pelbagai perspektif dengan melawat pelbagai bandar di negara ini.

More photo (click here)

Research Collaboration Between Greenovation Research Group with Primary School Kampong Jawa in Pontian

Research Collaboration Between Greenovation Research Group with Primary School Kampong Jawa in Pontian

On 17 October 2018, Sarah Al Norazlan, PhD candidate at Greenovation Research Group, conducted her data collection on the study of ECOLOGICAL LITERACY OF MIDDLE CHILDHOOD CHILDREN ON RURAL-HOME ENVIRONMENT. She was well assisted by Mega Suria Hashim, Azmiah Abd Ghafar, Joharudin Samion, Irfan Suria, Amalina SsMfauzi, Arti Manikam, Rohana Mohd Firdaus and Janatun Yusof. The study site is at Kg Jawa Hulu in district of Pontian. This gathering with school children was considered by the school management as a natural learning lesson for the pupils.

UTM Open Day