Anugerah Akademik Negara 2012

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil pendekatan yang strategik untuk meningkatkan budaya profesionalisme di kalangan ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan menjadikan Anugerah Akademik Negara (AAN) sebagai satu platform terunggul dalam memartabatkan pakar akademik negara. AAN merupakan anugerah tahunan berprestij yang bertujuan memberi pengiktirafan kerajaan kepada ahli-ahli akademik yang telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.

Anugerah ini memberi pengiktirafan bukan sekadar dalam aspek pengajaran dan penyelidikan semata-mata, tetapi meliputi peranan ketiga universiti iaitu sumbangan akademik kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Pencalonan Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 kini dibuka mulai 25 Mac 2013 (Isnin) dan tarikh tutup permohonan/pencalonan  adalah pada 27 Mei 2013 (Isnin). Semua staf akademik UTM yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa menghantar penyertaan bagi anugerah tersebut berdasarkan kepada permohonan dan penyertaan daripada calon-calon yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang masing-masing dan telah mencapai beberapa kejayaan utama sepanjang tahun tempoh penilaian iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2012 kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara yang berdasarkan kepada pencalonan oleh IPT berdasarkan pencapaian dan sumbangan kumulatif semasa calon, anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (life long achievement) tanpa mengambil kira tahap pengiktirafan.

Tujuh (7) kategori anugerah dibuka untuk permohonan dan pencalonan iaitu:-

  • Anugerah Tokoh Akademik Negara
  • Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
  • Anugerah Penerbitan Buku
  • Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
  • Anugerah Seni dan Kreativiti
  • Anugerah Pengajaran
  • Anugerah Ahli Akademik Harapan

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Urusetia AAN 2012 UTM, Puan Yasni Nurul Huda Hj Mohd Yassin (ext: 30552), Pejabat Timbalan Naib Canselo (Akademik & Antarabangsa), (u.p.: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2012 UTM)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2013, jam 5.00 ptg.

http://www.mohe.gov.my/aan2012/

//

Public Lecture “Passion to Success”

Passion for Success (English)

All are invited to public lecture by Yg. Bhg. Dato’ Neoh Soo Kiat, Alumni, Department of Urban and Regional Planning & Managing Director of Trinity Group, on Friday,8th March 2013 from 10.00 a.m to 12.00 p.m at Convention Hall, B12, Faculty of Built Environment UTM. Free Admission.

//

Program Kampung Angkat & Khidmat Masyarakat QS-Bina

Pada 30/1/2013 hingga 4/2/2013, Persatuan QS-Bina, Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru telah menganjurkan Program Kampung Angkat & Khidmat Masyarakat 2013 ke Kg. Lohan Ulu, Ranau Sabah. Kampung ini terletak kira-kira 30km dari Gunung Kinabalu. Program ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Program Ukur Bahan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 28 mahasiswa dari UTM, 22 mahasiswa dari Politeknik KK, dan 12 orang pensyarah daripada kedua-dua institusi telah berganding bahu untuk menjayakan program tersebut.

Program ini merupakan program kolaborasi yang julung kali diadakan di antara dua institusi, diketuai oleh pengarah program Siti Absah Ahmad. Ianya bertujuan untuk melahirkan peribadi mahasiswa yang lebih berdaya maju, mahasiswa yang bercampur dengan masyarakat luar, di samping bersama-sama mempromosikan jurusan ukur bahan kepada masyarakat luar. Sepanjang program ini, para peserta telah membantu mengecat kembali Masjid Lohan Ulu, di mana masjid tersebut merupakan kebanggaan orang kampung yang dibina hasil daripada titik peluh mereka sendiri. Antara aktiviti lain juga seperti membuat landskap, memasang papan tanda kampung tersebut, selain mengadakan kenduri, bengkel usahawan, bengkel motivasi & bengkel promosi UTM & Politeknik bersama masyarakat kampung.

Sumbangan pembinaan tempat mengambil air sembahyang perempuan dan beberapa peralatan masjid telah diserahkan kepada Ketua Kampung Lohan Ulu, Hj. Ribin Bin Hamid. Beliau telah menyatakan rasa gembira beliau terhadap rombongan ini dan mengalu-alukan kedatangan peserta pada masa akan datang.

Mahasiswa telah didedahkan dengan adat serta budaya masyarakat kaum Dusun di Sabah, disamping menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Program ini memberi kesan dan impak yang besar apabila interaksi antara mahasiswa ukur bahan dari kedua-dua institusi diteruskan dari pelbagai medium teknologi, begitu juga hubungan antara pensyarah dan mahasiswa dengan kampung angkat mereka.

Ucapan terima kasih juga kepada penaja-penaja yang sudi menaja program ini dari segi wang mahupun bahan. Antara penaja-penajanya adalah Sabah Development Bank, Primercon Sdn. Bhd, Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd, Taqi Holdings Sdn. Bhd, Independent Marine and Engineering Consultant, Pejabat Ketua Menteri Kerajaan Negeri Sabah, SAA Enterprise Sdn. Bhd. Dan Pusat Latihan OISCA Tenom.

 

 

//

Public Lecture “EQUILIBRIUM OF HORIZON”

Equilibrium of Horizon (POSTER ENGLISH)
All are invited to public lecture by Adjunct Professor, Department of Urban and Regional Planning & Chief Executive Officer Iskandar Regional Development Authority (IRDA) on Friday, 22nd February 2013 from 10.00 a.m to 12.00 p.m at Convention Hall, B12, Faculty of Built Environment UTM. Free Admission.

//

UTM Open Day