Majlis Amanat Tahun Baharu 2015

YBhg. Prof./Saudara,

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan sukacitanya dijemput untuk menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2015 oleh YBhg Datuk Naib Canselor yang dijadualkan akan diadakan pada 5 Januari 2015 (Isnin).

Perincian Perhimpunan Bulanan kali ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 Januari 2015 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat :
i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
ii. [LIVE TELECAST] Dewan Utama, UTM Kuala Lumpur.

Pakaian: Korporat

Atur cara:
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Amanat Tahun Baharu oleh YBhg. Datuk Naib Canselor
: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian Sijil, dan Cenderamata
: Bersurai

Seluruh warga UTM dengan segala hormatnya dijemput hadir ke sesi Amanat Tahun Baharu 2015 ini. Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan.

Tourism Governance in Kinabalu Park

tourismgovernanceKinabaluPark

The Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, UTM Johor Bahru, cordially invite you to a talk by Dr. Goh Hong Ching, Senior Lecturer, Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. The talk entitled “Tourism Governance in Kinabalu Park” will be held on 20th November 2014 (Thursday) from 11.00 am – 1.00 pm at Seminar Room, Level 3, B03, Faculty of Built Environment, UTM, Johor Bahru. Dr. Goh is an alumni of the Department and a Visiting Scholar with the MIT-UTM Sustainable City Program.

 

Program Perkongsian Ilmu bersama Y. Bhg. Ustaz Ellyeen Amineen

Ustaz_Ellyeen-nov2014

Y. Bhg Dato’ Prof/ Datin/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Saudara,

Pihak Perpustakaan UTM dengan segala sukacitanya menjemput semua staf dan mahasiswa/i untuk menghadiri program perkongsian ilmu bersama Y. Bhg. Ustaz Ellyeen Amineen Bin Mohd Salleh, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UTM pada:

Tarikh : 18 November 2014 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTMJB

Perkongsian ilmu kali ini bertajuk Nurani Insani: Lain Bangsa Lain Negara akan menyentuh mengenai usaha-usaha kemanusiaan bagi membantu mengukuhkan konsep persaudaraan demi membangun ummah sejagat.

Kehadiran saudara semua amat dialu-alukan bagi menyokong usaha UTM membentuk warganya menjadi insan yang cemerlang dari semua aspek. Kehadiran juga akan direkodkan dan dicatat sebagai jam latihan.

SELAMAT DATANG

Perpustakaan UTM