by webmaster | Dec 19, 2018 | Award, News
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Zuhra Junaida Mohamad Husny Hamid iaitu penerima Program Leaders in Innovation Fellowship 2018-2019 di bawah inisiatif Newton-Ungku Omar Fund.
by webmaster | Dec 6, 2018 | Award, News
Congratulations to Faculty of Built Environment & Surveying, UTM for participating and contributing in The Malaysia 100 Year Cities Workshop held on 8 – 9 October 2018 at University of Malaya, Kuala Lumpur.
by webmaster | Nov 5, 2018 | Award, event, News, photo
Johor Bahru, 31 Okt. 2018 – Pelajar Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan “Doodle Painting” yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pertandingan ini merupakan anjuran dari Perpustakaan Sultanah Zanariah bersempena dengan “WOW Carnical@UTM” yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 31 Oktober 2018.
Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga Oscar Chong Yi Bin telah berjaya membawa pulang sijil penyertaan dan juga baucer wang tunai. Selain itu, dua kumpulan dari Program Geomatik dan Kejuruteraan juga telah berjaya memenangi tempat ke-tiga dan juga ke-empat.
Kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga ahli pasukannya Ashraf Yahya telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Literacy, a bridge from misery to hope” dan berjaya memenangi Johan dalam pertandingan ini.
Manakala kumpulan yang diketuai oleh Oscar Ching Yi Ben dan juga ahli pasukannya yang terdiri daripada Dr. Lee YoKe Lai dan Chin Kah Lai telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Book is the key to lively and spiritful space” yang juga memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Gambar bersama peserta-perserta pertandingan melukis ‘doodle’.

“Literacy, a bridge from misery to hope” hasil lukisan ‘doodle’ daripada Shahida Bahari dan Ashraf Yahya.(kumpulan Atelier).

Oscar Ching Yi Ben, Chin Kah Lai dan Dr. Lee Yoke Lai menghasilkan doodle bertema: “Book is the key to lively and spiritful space”.
by webmaster | Oct 25, 2018 | Award, News
Pelajar dari program Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Naib Johan dan tempat ke 5 dalam Pertandingan Rekabentuk Ruang Awam di Pesisiran Sungai Skudai pada 21 Oktober 2018.
Dua kumpulan dari program Senibina Landskap telah menyertai pertandingan ini dan layak ke peringkat akhir. Kedua-dua kumpulan telah diselia oleh Dr Norliza Mohd Isa dan Dr Lee Yoke Lai. Kumpulan 1 dianggotai oleh Mohamad Amin Bin Md Ali (MBE171026) dan Ting Ming Ming (A16BE0165) mendapat tempat kedua, membawa pulang sijil dan wang tunai RM5000. Kumpulan 2 dianggotai oleh Oscar Chong Yi Bin (A16BE0136), Lee Ho Yang (A14BE0039), Chin Kah Lai (A16BE0019), Muhammad Afiq Harith bin Zulkhairi (A16BE0069) dan Mohammad Sabar bin Mustaffa (A16BE0064) mendapat tempat ke 5 membawa pulang sijil dan wang tunai RM500. Pertandingan anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan tema “Public Waterfront Shapping the Future” ini telah bermula pada Januari 2018. Seramai 86 kumpulan menyertai pertandingan ini dari pelbagai IPT di Malaysia.
by webmaster | Oct 23, 2018 | Award, Featured Slider, News, photo
Congratulations to the UTM QS Team lead by Associate Professor Sr Dr Sarajul Fikri Mohamed from Faculty of Built Environment and Surveying for winning the Innovation Award from the Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM) in conjunction with QS International Convention (QSIC 2018) held from 22 – 23 October 2018 at Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.
The award was presented by the Honourable Deputy Minister of Works, *YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir. The QS team is developing exciting next-generation digitalisation technologies to enhance the accuracy of quantification and cost management of Mechanical and Electrical Engineering Works in green building projects.
QSIC 2018 is an annual event organised by BQSM in collaboration with JKR and CIDB aimed to bring together professionals, practitioners, researchers and scholars from local and abroad to share experiences in Quantity Surveying practices, addresses the latest development and current challenges in fast changing environment.

by webmaster | Oct 2, 2018 | Award, News, Staff
Our heartiest congratulations to Sr Dr. Muzani Mustapa, Sr Dr. Fara Diva Mustapa, Pn Tantish Kamaruddin & Sr Dr. Rosli Abdul Rashid in recent NALI 2018 Exhibition and Competition. They bagged Gold award for their teaching and learning innovation for construction measurement and quantification course entitled “Construction Building & Quantification Process: An Interactive Simulation Teaching & Learning Module”.