Tahniah Prof. Hj. Sr. Dr. Hishamuddin Mohd Ali atas lantikan sebagai Dekan FABU
Tahniah kepada Prof. Sr Dr. Hishamuddin Mohd Ali di atas perlantikan sebagai Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur berkuatkuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2023.
Tahniah kepada Prof. Sr Dr. Hishamuddin Mohd Ali di atas perlantikan sebagai Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur berkuatkuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2023.
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah bermurah hati untuk mengagihkan sumbangan secara one-off kepada pelajar Geoinformasi yang berada di kampus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Seramai 58 pelajar yang terdiri daripada 32 pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) dan 26 pelajar Sarjana Muda Geoinformatik menerima sumbangan sebanyak RM 200 seorang yang dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Secara keseluruhan, LJT telah menyumbang sebanyak RM10,600 kepada semua pelajar berkenaan. Satu majlis simbolik penyerahan replika cek sumbangan tersebut telah diadakan pada 30 April 2020 di perkarangan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM, Pengarah Geoinformasi serta pelajar.
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Mohd Hamdan Ahmad atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM mulai 15 April 2020. Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.