Lawatan dari Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) ke FABU
Pihak Fakulti mengalu-alukan lawatan dari Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan telah berlangsungnya Mesyuarat Persidangan KL GeoHydro 2020.
Pihak Fakulti mengalu-alukan lawatan dari Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan telah berlangsungnya Mesyuarat Persidangan KL GeoHydro 2020.
Bengkel Semakan Kurikulum Program Pascasiswazah telah diadakan pada 3 September 2020 yang lepas bertempat di Dewan Konvesyen Fakulti Alam Bina dan Ukur.
Majlis penyerahan Sijil Anugerah Pingat Cemerlang (APC) bersempena dengan Citra Karisma 2020 telah disempurnakan oleh YBhg. Naib Canselor kepada YBhg. Prof. Sr. Dr. Hishamuddin bin Mohd. Ali sebagai menghargai khidmat dan kecemerlangan beliau ketika berkhidmat di Jabatan Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM.
Program FABUlous Talk 2020 yang bertemakan ‘Good Values’ oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof. Ts Dr. Mohd Hamdan bin Haji Ahmad dan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat FABU pada 18 Ogos 2020.
Kumpulan Penyelidikan Geospatial Imaging dan Information, TropicalMap dan Makmal Penyelidikan 3D GIS FABU UTM dengan kerjasama Photo Laser Grammetry Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel Mobile Asset Mapping For Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 10 hingga 13 Ogos 2020 yang lepas bertempat di Makmal GIS & Kartografi 2, FABU. Bengkel ini juga telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zulkepli bin Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni) dan Prof. Madya Dr. Zulkarnaini bin Mat Amin, Pengarah Geoinformasi.