by webmaster | Apr 5, 2021 | Award, News
Congratulations to FABU student, Nur Hannani binti Ab Rahman (Bsc. Real Estate) on receiving Best Paper Silver Award for 13th RISM International Surveying Conference.
Paper entitled “Covid-19: Standard of Procedure (SOP) Improvement for Green Office Building from Employee Perspectives”.
by webmaster | Mar 31, 2021 | CSR, News
PROGRAM PERKONGSIAN ILMU (ASAS UKUR KADASTER UNTUK PEMBANTU JURUKUR) 21 & 22 MAC 2021 DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KG. MELAYU ULU CHOH) 25 MAC 2021
- PENGENALAN
Pengurusan Sumber Manusia FABU telah menetapkan salah satu KPI tahunan untuk staf PPPnya ialah Perkongsian Ilmu, oleh kerana itu, satu inisiatif dari staf sokongan telah dibuat bagi merealisasikan KPI tersebut. Perkongsian Ilmu dan juga Khidmat Masyarakat digabungkan bagi membolehkan staf memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui kelas kepada amali padang.
Program Perkongsian Imu disusuli dengan Program Khidmat Masyarakat diharap dapat memberi peluang peserta berkongsi ilmu kepada komuniti setempat. Perkongsian Ilmu Asas Ukur Kadaster yang yang diaturkan bertujuan menambah ilmu pengetahuan dalam pegukuran sempadan dan Program Khidmat Masyarakat pula berfungsi mengukur Sempadan lot tanah Perkuburan di Kampung Melayu Ulu Choh bagi membantu pembangunan dan perancangan masa depan untuk penduduk.
- KELEBIHAN PROGRAM
Melalui program ini, banyak manfaat yang diperolehi oleh perserta, UTM dan FABU khususnya serta penduduk Kampung Melayu Ulu Choh.
- Melalui program ini, peserta dapat memurnikan lagi ilmu pengetahuan Ukur Kadaster bagi yang terlibat dengan amali pengukuran.
- Peserta yang tidak terlibat dengan amali padang bersama pelajar, dapat memperolehi ilmu pengukuran sempadan lot dengan kaedah yang lebih cepat.
- Peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer, web ebiz JUPEM dan Google Earth dalam mendapatkan maklumat tanah yang hendak diukur.
- Program ini membawa nama UTM dan FABU khususnya dalam perkongsian kepakaran kepada komuniti setempat.
- Wakil Penduduk dapat merancang pembangunan Kawasan Tanah Perkuburan dengan lebih teratur du masa hadapan
- PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
- Menyediakan T-shirt seragam untuk peserta untuk menampilkan nama UTM dan FABU khususnya bagi penjenamaan UTM.
- Menyediakan kain rentang “banner” di lokasi bagi memaklumkan program yang dijalankan agar penyertaan dari penduduk dapat ditingkatkan.
- Menghebahkan program kepada seluruh staf FABU untuk meraih penyertaan lebih ramai.
Secara keseluruhannya, program ini memberi peluang kepada para peserta menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pengukuran sempadan. Kaedah-kaedah yang cepat ditunjukkan semamsa kelas di makmal dan di padang. Program ini juga mampu menambahkan keyakinan peserta dalan menonjolkan kepakaran mereka untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat. Melalui Program Khidmat Masyarakat, peserta mampu berkomunikasi dengan masyarakat setempat serta berkongsi kepakaran masing-masing. Program-program ini seharusnya diteruskan lagi di masa hadapan bagi membolehkan staf menonjolkan kemampuan serta menaikkan lagi nama UTM di komuniti mereka.
Sessi pertama oleh En. Anuar Bin Aspuri

22 Mac 2021
Sessi ke dua oleh En. Maszalan Bin Selamat

25 Mac 2021
Program Khidmat Masyarakat di Tanah Perkuburan Islam Kg. Melayu Ulu Choh

Taklimat oleh Ketua Kampung YB En. Arif Mohamad dan Imam Masjid Uku Choh

Penyediaan Datum Kawalan dan Ground Control Point (GPS/GNSS)

Pengukuran Sempadan menggunakan Total Station

Pengimejan Data menggunakan Drone

Hasil Pengukuran Sempadan Dan Pengimejan Kawasan Rezab Kubur
- Sempadan keseluruhan Rezab Kubur dikenalpasti.
- Kawasan Rezab Kubur yang masih belum dibersihkan.
- Anggaran kapisiti kubur yang boleh dimuatkan.
- Penentuan Arah Kiblat yang sebenar.
Laporan disediakan oleh:
En. Anuar bin Aspuri
by webmaster | Mar 29, 2021 | Award, News
Congratulation to the research team, headed by Gs. Dr. Noradila Rusli @ Ruslik, Senior Lecturer (Urban & Regional Planning) for receiving the awards at i-IDeA™ 2020.
i-IDeA™ is a competition that highlights research products and promotes the culture of research and innovation.