Pemberitahuan Pelantikan Jawatan Giliran Dan Tamat Tempoh Jawatan Giliran

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua staf,

Bersama ini dimaklumkan pelantikan jawatan giliran yang baru dan tamat tempoh jawatan giliran bagi Staf Fakulti Alam Bina seperti butiran di bawah:

A. Pelantikan Jawatan Giliran Yang Baru

1. Dr. Muhammad Zaly Shah bin Muhammad Hussein
Jawatan Giliran : Timbalan Pengarah Pengkomersilan dan dipinjamkan ke Pusat Inovasi dan Pengkomersilan
(ICC), UTM Johor Bahru
Tempoh Lantikan : 16 Disember 2013 hingga 15 Disember 2015 (2 Tahun)

2. Dr. Mohd. Hisyam bin Rasidi
Jawatan Giliran : Pengurus Teknologi Maklumat FAB
Tempoh Lantikan : 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2015 (2 Tahun)

——————————————————————————————————————————————-


B. Tamat Tempoh Jawatan Giliran

Dr. Mohd. Saidin bin Misnan
Jawatan Giliran : Pengurus Teknologi Maklumat FAB
Tamat Tempoh Jawatan Giliran : 31 Disember 2013

Sekian, untuk makluman semua.

Wassalam

//

Pemberitahuan Penutupan Bekalan Elektrik

Adalah dimaklumkan penutupan bekalan elektrik akan dilakukan pada 21 Disember 2013 (Sabtu) pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Blok yang terlibat adalah Blok B02.

Penutupan bekalan ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja tamatan kabel di papan suis ke peti agihan untuk sistem pencegahan kebakaran

 

//

UTM Open Day