Pertandingan Merekabentuk Ruang UTM Talent Transformation Centre (UTM TTC)

Pertandingan Merekabentuk Ruang UTM Talent Transformation Centre (UTM TTC)

Dengan bertemakan Moden Kontemporari, pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Fakulti Alam Bina & Ukur. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :-

1. Setiap kumpulan peserta adalah seramai 3-5 orang peserta yang terdiri daripada kombinasi senibina/senibina landskap/perancangan bandar dan wilayah DAN ukur bahan/pembinaan DAN geoinformasi/harta tanah.

2. Pelajar perlu merekabentuk ruang legar UTM TTC sahaja.

Hadiah yang lumayan beserta sijil penyertaan menanti anda!🤑 Jom ramai-ramai sertai pertandingan ini dan menonjolkan bakat serta kreativiti anda. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 September 2018.

Sebarang pertanyaan atau penyertaan untuk pertandingan ini, boleh hubungi Dr. Syamsul Hendra Mahmud untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Skills

Posted on

September 13, 2018