Free Market Johor for OKU

Pada 24 Februari 2018, Kumpulan Free Market Johor telah mengadakan satu program free market untuk golongan OKU dan juga ibu Tunggal di Johor. Program yang diadakan di L50, UTM telah menjemput seramai 200 penerima sumbangan. Seramai 203 orang sukarelawan yang terdiri daripada individu, pelajar UTM skudai, pelajar UNiKL dan badan sukarelawan telah bekerjasama melancarkan program amal ini.

Seramai lebih 15 orang pelajar daripada Jurusan Sarjana Muda Ukur Bahan dan Sains Pembinaan, bersama seorang pensyarah kanan Dr. Nurshikin Mohamad Shukery dari Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina turut terlibat sama dalam aktiviti sukarelawan ini. Ini memberi peluang dan pendedahan yang baik kepada pelajar dalam memupuk peribadi yang cemerlang dan menyantuni sesama insan dengan tidak mengira latar belakang. Dengan pendedahan seperti ini dapat membuka minat pelajar dalam aktiviti-aktiviti amal dan sukarelawan. Semoga graduan UTM menjadi insan cemerlang dan terbilang di dunia dan akhirat.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.