Program Perkongsian Ilmu (Asas Ukur & Kadaster untuk Pembantu Juru Ukur) & Program Khidmat Masyarakat (CSR) di Kampung Melayu Ulu Choh

Program Perkongsian Ilmu (Asas Ukur & Kadaster untuk Pembantu Juru Ukur) & Program Khidmat Masyarakat (CSR) di Kampung Melayu Ulu Choh

PROGRAM PERKONGSIAN  ILMU (ASAS UKUR KADASTER UNTUK PEMBANTU JURUKUR) 21 & 22 MAC 2021 DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) DI TANAH PERKUBURAN ISLAM KG. MELAYU ULU CHOH) 25 MAC 2021

  1. PENGENALAN

        Pengurusan Sumber Manusia FABU telah menetapkan salah satu KPI tahunan untuk staf PPPnya ialah Perkongsian Ilmu, oleh kerana itu, satu inisiatif dari staf sokongan telah dibuat bagi merealisasikan KPI tersebut. Perkongsian Ilmu dan juga Khidmat Masyarakat digabungkan bagi membolehkan staf memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui kelas kepada amali padang.

Program Perkongsian Imu disusuli  dengan Program Khidmat Masyarakat diharap dapat memberi peluang peserta berkongsi ilmu kepada komuniti  setempat. Perkongsian Ilmu Asas  Ukur Kadaster yang  yang diaturkan bertujuan menambah ilmu pengetahuan dalam pegukuran sempadan dan Program Khidmat Masyarakat  pula berfungsi mengukur Sempadan lot tanah Perkuburan di Kampung Melayu Ulu Choh bagi membantu pembangunan dan perancangan masa depan untuk penduduk.

 

  1. KELEBIHAN PROGRAM

Melalui program ini,  banyak manfaat yang diperolehi oleh perserta,  UTM dan FABU khususnya serta penduduk Kampung Melayu  Ulu Choh.

  • Melalui program ini, peserta dapat memurnikan lagi ilmu pengetahuan Ukur Kadaster bagi yang terlibat dengan amali pengukuran.
  • Peserta yang tidak terlibat dengan amali padang bersama pelajar, dapat memperolehi ilmu pengukuran sempadan lot dengan kaedah yang lebih cepat.
  • Peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer, web ebiz JUPEM dan Google Earth dalam mendapatkan maklumat tanah yang hendak diukur.
  • Program ini membawa nama UTM dan FABU khususnya dalam perkongsian kepakaran kepada komuniti setempat.
  • Wakil Penduduk dapat merancang pembangunan Kawasan Tanah Perkuburan dengan lebih teratur du masa hadapan

 

  1. PENAMBAHBAIKAN PROGRAM
  • Menyediakan T-shirt seragam untuk peserta untuk menampilkan nama UTM dan FABU khususnya  bagi penjenamaan UTM.
  • Menyediakan kain rentang “banner” di lokasi bagi memaklumkan program yang dijalankan agar penyertaan dari penduduk dapat ditingkatkan.
  • Menghebahkan program kepada seluruh staf FABU untuk meraih penyertaan lebih ramai.

 

                Secara keseluruhannya, program ini memberi peluang kepada para peserta menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam pengukuran sempadan. Kaedah-kaedah yang cepat ditunjukkan semamsa kelas di makmal dan di padang. Program ini juga mampu menambahkan keyakinan peserta dalan menonjolkan kepakaran mereka untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat.  Melalui Program Khidmat Masyarakat, peserta mampu berkomunikasi dengan masyarakat setempat serta berkongsi kepakaran masing-masing. Program-program ini seharusnya diteruskan lagi di masa hadapan bagi membolehkan staf menonjolkan kemampuan serta menaikkan lagi nama UTM di komuniti mereka.

 

Sessi pertama oleh En. Anuar Bin Aspuri

22 Mac 2021

Sessi ke dua oleh En. Maszalan Bin Selamat

25 Mac 2021

Program Khidmat Masyarakat di Tanah Perkuburan Islam Kg. Melayu Ulu Choh

Taklimat oleh Ketua Kampung YB En. Arif Mohamad dan Imam Masjid Uku Choh

Penyediaan Datum Kawalan dan Ground Control Point (GPS/GNSS)

 

Pengukuran Sempadan menggunakan Total Station

 

Pengimejan Data menggunakan Drone

Hasil Pengukuran Sempadan Dan Pengimejan Kawasan Rezab Kubur

  • Sempadan keseluruhan Rezab Kubur dikenalpasti.
  • Kawasan Rezab Kubur yang masih belum dibersihkan.
  • Anggaran kapisiti kubur yang boleh dimuatkan.
  • Penentuan Arah Kiblat yang sebenar.

 

Laporan disediakan oleh:

En. Anuar bin Aspuri

Program Khidmat Sosial Tingkatan 6

Program Khidmat Sosial Tingkatan 6

Program Khidmat Sosial Tingkatan 6 telah berlangsung di SMK Skudai JB pada 15 Januari 2020 yang lepas. Program ini merupakan program jalinan sinergi antara FABU dan Panatia Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 sekolah berkenaan yang telah melibatkan seramai 93 orang pelajar.

Program ini telah memberikan pendedahan berkaitan Undang2 Perniagaan yang merupakan modul khas yang digarap oleh Dr Noorfajri bin Ismail, pensyarah Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM khusus sebagai silibus bersama dalam subjek Pengajian Perniagaan (Penggal kedua) STPM.

ACLA Conference 2019: Academia Eyes on Perception and Aesthetics of Cultural Landscape in Asia

ACLA Conference 2019: Academia Eyes on Perception and Aesthetics of Cultural Landscape in Asia

Faculty of Built Environment and Surveying (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in collaboration with the National Landscape Department (NLD), Johor Landscape Department (JLD), Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM), and Asia Cultural Landscape Association (ACLA) had successfully organised the ACLA Conference 2019 on 9th to 10th October 2019 at Fraser Place Puteri Harbour, Johor

Majlis Perasmian Apps GeoPusara & Penyerahan Tanda Arah Kiblat

Majlis Perasmian Apps GeoPusara & Penyerahan Tanda Arah Kiblat

4 Oktober 2019 – Majlis Perasmian Apps GeoPusara dan Penyerahan Tanda Arah Kiblat Bagi Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Ahmad, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU). Majlis turut dihadiri oleh Pengarah PLANMalaysia@Johor, Tn. Haji Mohd Faidzal Hamzah; Ustaz Mohd Rilizam Rosli, Penolong Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Prof. Madya Dr. Johari Surif, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Universiti Teknologi Malaysia.

more photos click here..

Program Libatsama Komuniti Pensyarah dan Pelajar FABU di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai

Program Libatsama Komuniti Pensyarah dan Pelajar FABU di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai

Sekumpulan pensyarah dan pelajar daripada Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM telah berjaya melaksanakan program bersama komuniti, iaitu Mitigasi Perubahan Iklim Libatsama Komuniti di SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Johor.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Literasi Komputer (MaPIML FIESTA) yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar berkenaan isu pemanasan global dengan menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran, iaitu pameran, taklimat ringkas, dan permainan yang berdasarkan kepada punca dan kesan pemanasan global, serta kaedah untuk mengurangkan pemanasan global daripada terus berlaku.

Selain itu, para peserta juga diberikan maklumat berkenaan ilmu falak dan astronomi, terutama berkaitan sistem matahari dan planet-planet sistem suria.

Aktiviti yang pertama adalah pengumpulan maklumat, di mana para peserta akan mengunjungi pameran yang ada, dan mengumpul maklumat daripada pameran itu. Selepas selesai sesi pameran, para peserta kemudiannya diberikan taklimat berkaitan astronomi oleh Dr Othman bin Zainon. Dalam sesi ini juga, peserta diminta untuk membina jam matahari menggunakan peralatan yang disediakan.

Selepas sesi taklimat, aktiviti seterusnya adalah sesi permainan. Sesi ini bertujuan untuk menerangkan beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan pemanasan global dalam bentuk permainan. Antara permainan yang dilaksanakan adalah pembinaan kincir angin, dan padanan gambar bagi barang yang boleh dikitar semula.

Semua permainan ini dikaitkan dengan isu semasa berkaitan pemanasan global, dan bagaimana pelajar-pelajar ini mampu menjadi ejen kepada pengurangan kesan kepada pemanasan global.

Program ini telah dilaksanakan bersama sekitar 150 orang pelajar sekolah. Seramai 5 orang pensyarah, diketuai oleh Dr Ainur Zaireen binti Zainuddin bersama 3 staf teknikal dan seorang pelajar daripada FABU telah bersama-sama menjayakan program ini.

Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Penyelaras Program Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Literasi Komputer (MaPIML FIESTA) SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, iaitu Puan Sulasteri Hairodin.

more photos click here..