Latar Belakang Anugerah

Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan kepada staf akademik dan juga staf bukan akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang seni dan kreativti di UTM. Anugerah ini diberikan kepada hanya seorang staf yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang seperti :

  1. Seni persembahan (teater, tari dan muzik, dll)
  2. Seni bina (projek rekabentuk bangunan, landskap, hiasan dalaman, dll)
  3. Seni visual (catan, arca, animasi, grafik, fotografi, dll)
  4. Seni skrin (lakon layar, pengarahan, penataan seni, animasi, dll)
  5. Seni kraf (ukiran, tekstil, logam, anyaman, batik, dll)
  6. Penulisan kreatif (novel, puisi, cerpen, skrip televisyen, dll)