ANUGERAH SENI DAN KREATIVITI CITRA KARISMA (ASK) 2023

Anugerah Seni dan Kreativiti telah diperkenalkan sejak tahun 2013. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf akademik dan staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana (PPP) yang berbakat dalam bidang :

a) Seni persembahan
b) Seni Bina
c) Seni Visual
d) Seni Skrin
e) Seni Kraf
f) Penulisan Kreatif

(Garis Panduan untuk Perincian Bidang)

    Pemilihan penerima anugerah ini dibuat berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan secara aktif dalam bidang seni dan kreativiti meliputi aspek berikut:

    • Aktif dalam menghasilkan ‘koleksi’ kesenian yang berkaitan sama ada untuk jualan atau pameran
    • Aktif dalam ‘aktiviti’ kesenian berkaitan di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa seperti pameran (seni catan), lakon layar (seni skrin) dan lain-lain lagi.
    • Mempunyai daya inovasi dan kreativiti yang tinggi dalam penghasilan bahan kesenian berkaitan
    • Aktif dalam persatuan atau kelab kesenian yang berkaitan
    • Pernah menerima anugerah atau memenangi   pertandingan di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
    • Pernah mendapat pengiktirafan khas di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
    • Berpengalaman luas dalam pembentukan teori dan kurikulum dalam bidang seni berkaitan atau sebagai penggiat mempromosi dan menonjolkan elemen lestari dalam karya masing-masing.
    • Aktif mempromosikan UTM melalui hasil seni di Media Sosial

    Asas

    a) Anugerah ini terbuka kepada semua staf UTM yang berstatus tetap/sementara/kontrak (lantikan universiti)

    b) Staf telah berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun lantikan sebelum 1 Januari 2024

    c) Pemenang anugerah yang lepas hanya boleh memohon/dicalonkan semula selepas 3 tahun

    d) Bahan-bahan atau dokumen yang dikemukakan oleh calon hendaklah 3-5 tahun terkini dari tahun semasa (Januari 2019- Disember 2023)

    Kriteria Tambahan

    a) Aktiviti yang dinyatakan hendaklah dapat memberi impak kepada Universiti

    b) Projek mestilah asli daripada hasil kerja pemohon secara individu atau berkumpulan

    c) Sekiranyan projek itu adalah projek bersama atau berkumpulan, senarai namasemua ahli kumpulan yang terlibat hendaklah disenaraikan di dalam borang pencalonan

    d) Pemohon hendaklah jujur dan tulus dalam mengemukakan maklumat permohonan (perlu tandatangan Aku Janji pada borang)

    e) Mana-mana pemohon yang didapati memberikan maklumat palsu, permohonan akan ditolak serta merta dan sekiranya telah diumumkan sebagai pemenang, anugerah akan ditarik semula

    Penilaian dibuat oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pengerusi, JK Anugerah Seni dan Kreativiti dengan persetujuan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

    Kaedah penilaian :

    i. Urusetia menilai permohonan yang diterima dan membuat penilaian kesahihan maklumat mengikut kategori bidang.

    ii. Penilaian dilakukan oleh Ahli Panel seperti berikut :-
    • Penilaian dokumen ATAU
    • Penilaian secara temubual bersama calon ATAU
    • Kedua-duanya sekali

    iii. Bagi pencalonan Staf Akademik, pemilihan pemenang untuk Kategori Premium & Standard adalah berdasarkan calon yang dapat melepasi titik ambang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah.

    iv. Membuat keputusan pemenang anugerah untuk diperakukan oleh Jawatankuasa Induk Majlis Citra Karisma UTM.

    1. Staf Akademik
    i) Kategori Premium – Wang tunai RM3,000 berserta sijil ATAU
    ii) Kategori Standard – Wang tunai RM1,000 berserta sijil
    iii) Sijil Penghargaan (Emas, Perak, Gangsa)

    2. Staf Pengurusan, Profesional & Pelaksana
    i) Wang tunai RM1,000 berserta sijil
    ii) Sijil Penghargaan (Emas, Perak, Gangsa)

    Kategori Anugerah

     Bagi Pencalonan Individu/Kumpulan :-

    1. Staf Akademik
      i. Kategori Premium (berdasarkan calon yang dapat melepasi titik ambang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
      Anugerah)  ATAU
      ii. Kategori Standard (berdasarkan calon yang dapat melepasi titik ambang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah)
    2. Staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana (PPP)

      1. Medium penghantaran laporan : Hardcopy & Softcopy/Emel.
      2. Tarikh akhir penghantaran: 28 April 2024 (Ahad) sebelum jam 5.00 petang

      Permohonan hendaklah disokong oleh bukti-bukti sama ada berbentuk sijil, gambar dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang boleh menyokong permohonan. Sekiranya permohonan dihantar melalui email, bahan-bahan bukti hendaklah dihantar dalam format pdf

      Anugerah Seni dan Kreativiti (ASK) 2023
      Pejabat Pentadbiran, Aras 2, Blok B12
      Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)
      Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
      (u.p : Cik Maimunah binti Salleh  & Puan Fadillah binti Abdul Hamid)

      No. Tel            :  07- 555 7425
      Email              :  maimunah@utm.my /   fadillahhamid@utm.my